Thursday, February 5, 2009

Mengapa Perak ?

Wah.. agak lama juga saya tidak 'update' blog ini. Idea selalu muncul tatkala driving. Tapi bila sampai rumah, nampak kain baju bergantung, anak menjerit .. buka notebook pun tak sempat!

Bagaimanapun, perkembangan di Perak beberapa hari ini 'trigger' saya utk mencatat sesuatu. Saya bukanlah penganalisa politik. Blog saya pun bukan berkenaan politik. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, semestinya saya membaca, memerhati, berbincang dan mengikuti perkembangan politik semasa.

Bermula dengan Dato' Tajol Rosli meletakkan jawatan, jawatan diganti oleh TPM (belum PM lagi tuu ..), ADUN Bota lompat PKR - tak sampai 10 hari masuk balik BN, 2 ADUN PKR yang dituduh rasuah dan seorg ADUN DAP yang katanya marah sebab tak dapat Camry keluar parti, MB Nizar umum pembubaran DUN sehinggalah ptg tadi umum BN akan angkat sumpah ptg esok apabila Sultan Azlan katanya tak perkenan permintaan MB Nizar. Macam dah tersusun-susun je ..( or it actually is ! - i believe so )

Sebagai rakyat biasa, patik pun dah confuse .. tgk TV kata lain, baca surat khabar kata lain.. tapi biasalah kan .. baca Harakahdaily pun banyak berita-berita menarik yang semestinya tidak akan dikeluarkan di dalam media arus perdana yang lain.

Bagaimanapun, dari keputusan PRU12 yang sudah saya tertanya2. Keadaan di Perak agak unik berbanding 4 negeri lain yang berada di bawah PR. Ini kerana majoriti ADUN yang menang adalah dari DAP. ADUN dari PKR juga lebih ramai dari ADUN dari PAS. Tapi MB yang dilantik adalah dari PAS.

Pada pandangan peribadi patik lah.. DIA tidak akan memberi hambaNya sesuatu yang kita tidak mampu. Despite semua sebab2 yang hakiki seperti tuntutan perlembagaan dan sebagainya; aturannya DIA jadikan begitu kerana PAS telah cukup diuji. 18 tahun mentadbir Kelantan menjadikan PAS paling layak untuk diberi amanah baru iaitu Kedah dan Perak.

Mengapa pula Perak ? (Kedah majoriti ADUN yang menang memang PAS ). Sultan Perak seperti yang semua maklum adalah sultan yang kiranya paling bijaksana dengan status sebagai bekas Ketua Hakim negara. Tentu baginda mempunyai sebab tertentu mengapa permintaan MB Nizar utk membubarkan DUN tidak diperkenankan. Pada yang sama baginda berpesan kepada MB Nizar "Innallah ma'assobirin" .. Apakah maksud disebaliknya .. ?

Justeru, apa yang berlaku hari ini semestinya ada hikmah dan sebab. Meminjam babak dalam filem Ayat-Ayat Cinta ketika heronya Fahri berada di dalam penjara di mana sahabat 'sepenjaranya' berpesan supaya beliau merenungi kisah Nabi Yusuf a.s dipenjara kerana fitnah Zulaikha; bahawa sebenarnya ketika itu Allah sedang berbicara .. Bagi PR, mungkin ini satu peringatan .. mungkin ada di antara pemimpin mereka hati sudah tidak lurus kerana dugaan kuasa dan harta .. mungkin .. Bagi umum , kalau yang buat hal itu BE END - oh .. biasalah tu .. tapi bagi PR - harapan rakyat supaya mereka berbeza dengan pentadbiran sekarang adalah sangat, sangat tinggi.

Meminjam pengalaman semasa saya aktif dalam MLM pula, apabila kita nak menerima sesuatu yang lebih besar, kita akan diuji terlebih dahulu. Ini akan memberi kita persediaan spiritual, mental dan fizikal supaya tatkala kita menerima sesuatu anugerah dariNya kita telah benar-benar layak. Apatah lagi sebagai pemimpin. Lihat sahaja rasul-rasul 'ululazmi, mereka mendapat gelaran itu kerana mereka adalah rasul yang menerima dugaan yang paling hebat sedangkan jika Allah mahu, DIA yang Maha Berkuasa untuk menjadikan semuanya mudah bagi para rasulNya.

Sesungguhnya kita merancang tetapi sebaik-baik perancang itu adalah Allah s.w.t! Wallahu a'lam

p.s

Anak sulung saya tanya hari tu kenapa Fatah dan Hamas tak nak bersatu lawan Israel ? kan sama-sama Islam ? Saya jawab : kenapa kakak marah kalau ibu kata ibu sokong BN-UMNO bukan PAS ? Dia angguk kepala .. tak taula paham ke makin konpius!

p.s.s

Sumbangan anda akan diserahkan kepada 2 pemimpin HAMAS yang akan datang ke Malaysia pada 12 Februari ini melalui Tabung Kemanusiaan Harakah BIMB 14069010021298