Tuesday, May 19, 2009

Sungguh Tak Puas Hati!

Adapun hari ini saya mengambil buku di kedai photostat yang saya hantar pada hari Jumaat lepas. Sejurus melihat bilnya RM48.80, terkujat saya di buatnya ..Masa kan tidak, kawan saya photostat buku yang sama bilnya cuma RM27.90! Nak kata berkualiti, kawan saya cover bukunya art card, saya kertas A4 lembik dijadikan cover depan belakang! Lagipun , apalah sangat perbezaan servis yang bersifat 'homogeneous' tu (tiada perbezaan ketara). Kalau harga sampai double, baik beli buku ori!
Dalam keadaan masih terkejut tu, saya ter'bayar' sambil komplen. Budak tu pun tak tahu nak jawab, panggil pengurus tempat tu lah kot .. Antara yang saya komplen ialah harga yang terlalu jauh beza dgn harga biasa, standard biasa kalau photostat buku, dia akan kasi cover kertas yang keras sedikit. Padahal, masa sy hantar buku tu saya minta anggaran harga, tapi budak tu kata nantila bila siap. saya kira itu practice biasa, kedai lain pun mcm tu, amik baru tahu harga , bayar - tapi tidaklah sampai saya menjangka harga yang bagi saya sgt tidak logik itu.
Yang saya nak cerita ni .. sebab cara 'orang kita' melayan pelanggan. Adapun saya masuk di kedai tu kerana konon nak support bangsa sendiri. Dalam bisnes, kualiti servis adalah sangat mustahak. Apa yang saya alami di atas, di namakan 'critical incidence' - satu insiden yang membuat pelanggan rasa sangat2 puas hati / tak puas hati dan boleh ingat sampai bila2. Bagi pihak peniaga, apabila keadaan ini berlaku , maka berlakulah 'service failures' maka dia perlu buat 'service recovery'. Tapi apa yang saya dapat .. wah.. sungguh2 mengecewakan.
Bila pelanggan komplen, sekurang2nya senyum, minta maaf jika dia tiada kuasa nak buat apa2. Tapi apa yg saya terima, satu non-verbal indication yang menunjukkan 'malas nak layanlah'. Bila saya kata saya biasa photostat di tempat lain selalunya begini dan begini, dia pun menjawab, kami pun ada pelanggan lain juga (yang tak komplen macam you). Saya pulak yang minta maaf dan apabila bagitahu, this is my last time dtg kedai ni, respon yang saya dapat - angkat bahu! Kalau org tua kata kurang ajar gitu ..
Mungkin anda biasa dengar tagline ini "If you are not satisfied, tell us; if you are satisfied, tell others". Since i've told them that i am not satisfied dan respon yang saya dapat sangat mengecewakan, so i decide to tell others my dissatisfaction! So jika anda nampak sign ACHIK PHOTOCOPY, (branch di Sg Tangkas, UIA, Melawati dan IIC) fikirlah 100x sebelum masuk!
Semoga para peniaga bumiputera yang lain terus menuntut ilmu2 perniagaan jika ingin lebih berdaya saing dan maju di masa hadapan.

Friday, May 8, 2009

Dulu Aku Fikir ...

Hari ini genap setahun arwah emak pulang ke Rahmatullah. Hari ini juga adalah hari lahir arwah bapa. Bapaku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Emak pula akibat kanser. Ketika bapa di panggil mengadap Ilahi, kami tujuh beradik masih belajar. Abang yang sulung berada di UK , adik yang bongsu baru meninjak usia 8 tahun. Apabila giliran emak tiba, aku telah punya 15 orang anak saudara. Adikku yang bongsu juga telah tamat pengajian. Namun Allah tidak mengizinkan emak melihat dia berumahtangga walau hanya 3 hari sahaja lagi dia bakal diijabkabulkan.

Dulu, ketika aku menerima berita bahawa bapa telah tiada aku fikir jika orang yang kita sayang pergi kerana sakit, kita lebih bersedia kerana kita sudah menjangka. Ketika itu juga aku fikir jika ibu atau bapa pergi buat selama-lamanya ketika anak-anak telah dewasa, tentu kita tidak begitu terasa akan kehilangan mereka.

Tapi ternyata apa yang aku fikirkan dulu salah. Kerana hakikatnya mereka adalah ibu bapa kita. Kesedihannya tetap serupa. Cuma aku sangat-sangat bersyukur kerana doaku sekian lama selepas bapa pergi dimakbulkanNya. Aku orang terakhir berada di sisi ibu tercinta ketika arwah menghembuskan nafas terakhir. Aku bersama memandikan jenazahnya, mengkafankannya, mensolatkannya serta menghantarnya ke pusara... semua yang aku gagal lakukan untuk arwah bapa. Paling aku bersyukur, aku dilorongkan olehNya untuk melakukan sesuatu yang membolehkan aku membawa emak menunaikan umrah; ibadat yang sepatutnya emak lakukan 17 tahun lalu bersama arwah bapa. Malangnya 2 minggu sebelum mereka berangkat, bapa ditimpa kecelakaan jalan raya yang meragut nyawanya.

Sepatutnyalah Islam sangat memelihara hak-hak anak yatim. Sedangkan pada usia aku kini, aku masih merasa perlunya aku kepada kedua orang tua. Jika anda ada sedikit lebihan, gembirakanlah hati anak-anak kecil yang telah kehilangan ibu bapa ketika mereka masih terlalu memerlukan kasih sayang dan perhatian. Jika anda masih punya ibu dan bapa, gunakanlah kesempatan yang masih ada untuk membahagiakan mereka.

Buat semua ibu, Selamat Hari Ibu.

Buat arwah emak dan bapak, Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas kedua orang tuaku serta menempatkan mereka bersama para solihin. Amin. Al Fatihah.