1. Membaca qunut nazilah setiap hari dan memohon kepada Allah swt agar kemenangan kepada Islam dan kehancuran kepada musuh Islam.
2. Memberi bantuan kewangan dan sokongan yang berterusan kepada rakyat Palestin melalui infaq dan sedekah tanpa mengira kedudukan kita sama ada miskin atau kaya kerana rakyat Palestin sedang mewakili kita untuk berjihad melawan musuh Allah swt.
3. Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat dengan tidak membeli barangan tersebut.
4. Menggesa kerajaan negara-negara Islam menggunakan kemampuan mereka menghentikan kezaliman berleluasa di bumi Palestin. Sebagai rakyat dalam sebuah negara, kita perlu bersatu dalam isu yang melibatkan solidirati Islam melalui gesaan berterusan akan kerajaan negara-negara Islam bertanggungjawab terhadap Palestin.
5. Menulis di akhbar, majalah, buletin dan menyebarkan isu Palestins ebenarnya adalah isu umat Islam dan pembebasannya adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.
6. Mendidik anak-anak supaya peka dengan isu Palestin dan mewujudkan tabung-tabung khas di rumah untuk diberikan kepada rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi.
7. Umat perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah dan mewujudkan kesatuan yang jitu berasaskan kepada agama Islam dan seterusnya menggandakan usaha melalui perancangan tersusun untuk membebaskan Palestin.
Rakyat Palestin memerlukan doa kita, Palestin mengharapkan bantuan berterusan daripada kita semua, Masjid al-Aqsa mengharapkan munculnya Solahuddin al-Ayyubi bagi menyelamatkanya daripada diruntuhkan dan harapan ini tersandar kepada bahu-bahu kita semua. Bangunlah membantu Palestin! Takbir!
Alia sokong apa yg ibu tulis.Sekiranya kita tidak mampu nak tolong dengan duit,kita boleh tolong dengan cara berdoa.betul tak ?Marilah kita ramai-ramai membantu rakyat palestin !
ReplyDeleteapa yg berlaku di Palestine mesti dijadikan iktibar pada semua dan seluruh umat Islam. Dan ia boleh berlaku dimana jua dengan kehendakNya.
ReplyDeletehee heee...
ReplyDeletenanti update link sebelah tu
http://pakdi.my (melayu punya)
http://edamahpot.com
http://abahfateh.blogspot.com
http://seleramalaya.blogspot.com (azlina)
Izar
Kajang
Abg dan Alia,
ReplyDeleteyakin janji Allah, Islam pasti akan menang. semoga kita juga terpilih menjadi para pejuang di jalanNya.
Izar,
Bila lak syamsul link kan dgn blog nko ni .. Hi hi .. dia yang wat tu, aku try link hari tu , tapi tak menjadi lak .. masih belajar basic2 !