Saturday, January 17, 2009

Terapi Air

Terapi air ? Mesti pernah dengar kan .. Ini adalah terapi yang mudah dan juga murah sebenarnya. Ia juga tergolong dalam CAM seperti yang saya terangkan dalam post saya yang lepas. Di antara tips yang saya tahu untuk terapi air ini ialah kalau bangun pagi tu, jangan gosok gigi dulu. Ini kerana dalam air liur kita tu terdapat enzim yang bermanfaat untuk tubuh badan kita.

Bagaimanapun apa yang penting ialah kita minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Bagi orang yang suka minum air seperti suami saya yang boleh habiskan 1 jug sekali minum, 2 liter tu sikit saja. Tapi, bagi orang macam saya yang culas minum air, susahnya rasa nak cukupkan kuota minimum tu. Saya minum waktu bfast, lunch dan dinner sahaja. Bila dah kenyang makan, tak banyaklah boleh minum. Ada orang bagi tips kat saya, minum air tu memang tak perlu banyak2 sekali ( sebab sya pernah baca kena minum sebelum sarapan pagi tu 6 gelas - actually depends kepada jenis treatment ). Minum segelas setiap sejam. Pernah gak cuba, tapi dua tiga jam pertama boleh lah.. lepas dah sibuk2 buat kerja, lupa!

So, yang ini saya nak share satu tips yang baru saya dapat dan saya rasa lebih praktikal. Nak tahu ? Minum segelas air (200 ml=1 mug) sebelum dan selepas setiap solat 5 waktu. So, 200ml x 2 kali x 5 solat = 2000 liter. Mudah ingat dan mudah amal kan ? (Kalau bermusafir - solat jama' or ketika keuzuran, berpandulah pada waktu azan. Kalau bulan puasa - adjustlah .. kan.. kan..)

Opps .. lagi satu yang lebih penting pasal terapi air ni juga - pastikan air yang anda minum itu air yang bukan sekadar jernih tetapi benar-benar bersih .. beyond ...water! Sekarang banyak water treatment di pasaran. Water 'treatment' tau, bukan water 'filter' ..Oh, ini kena share dalam posting lain. Tunggu ..

Terakhir yang lebih lebih penting, jangan lupa baca doa minum .. Ha .. ajar anak doa makan je kan? Tak pernah pulak dengar doa minum ..Doanya berbunyi begini :

"Allahumma inni asaluka 'ilman nafi'an wa rizqan tayyiban
wa syifaan min kulli dawaain"

Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat,
rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit .

Ini adalah sebenarnya doa minum air zam zam. Tapi bukan air zam zam pun boleh je amalkan ..


2 comments:

  1. Alia pun nak kongsi satu petua dekat ibu.
    Kalau kita nak mata yg sihat cuba lah amalkan petua ni ye.enzim yg ada dalam air liur kita tu memang berguna untuk mata kita.bangun2 je kta baca doa bngn tidur dan ambil air lur kita sikit sapu dekat mata diiringi dengan selawat.InsyaAllah mata kita akan menjadi sihat.Petua ini diberi oleh doktor kepada mlm Alia ,Mlm Amnan dan diajar kepada murid - murid semua dalam subjek Akhlak topik menjaga mata.walaupun lari sikit dari topik terapi air.

    Selamat Mencuba!:)

    ReplyDelete
  2. terapi air cara termudah dan termurah dengan sharat air yg diminum adalah air yg bersih, memberi tenaga dan bebas-cemar.
    menjadi azam semua org utk menjaga kesehatan kerana sehat itu nikmat.

    ReplyDelete