Saturday, January 17, 2009

Terapi Air

Terapi air ? Mesti pernah dengar kan .. Ini adalah terapi yang mudah dan juga murah sebenarnya. Ia juga tergolong dalam CAM seperti yang saya terangkan dalam post saya yang lepas. Di antara tips yang saya tahu untuk terapi air ini ialah kalau bangun pagi tu, jangan gosok gigi dulu. Ini kerana dalam air liur kita tu terdapat enzim yang bermanfaat untuk tubuh badan kita.

Bagaimanapun apa yang penting ialah kita minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Bagi orang yang suka minum air seperti suami saya yang boleh habiskan 1 jug sekali minum, 2 liter tu sikit saja. Tapi, bagi orang macam saya yang culas minum air, susahnya rasa nak cukupkan kuota minimum tu. Saya minum waktu bfast, lunch dan dinner sahaja. Bila dah kenyang makan, tak banyaklah boleh minum. Ada orang bagi tips kat saya, minum air tu memang tak perlu banyak2 sekali ( sebab sya pernah baca kena minum sebelum sarapan pagi tu 6 gelas - actually depends kepada jenis treatment ). Minum segelas setiap sejam. Pernah gak cuba, tapi dua tiga jam pertama boleh lah.. lepas dah sibuk2 buat kerja, lupa!

So, yang ini saya nak share satu tips yang baru saya dapat dan saya rasa lebih praktikal. Nak tahu ? Minum segelas air (200 ml=1 mug) sebelum dan selepas setiap solat 5 waktu. So, 200ml x 2 kali x 5 solat = 2000 liter. Mudah ingat dan mudah amal kan ? (Kalau bermusafir - solat jama' or ketika keuzuran, berpandulah pada waktu azan. Kalau bulan puasa - adjustlah .. kan.. kan..)

Opps .. lagi satu yang lebih penting pasal terapi air ni juga - pastikan air yang anda minum itu air yang bukan sekadar jernih tetapi benar-benar bersih .. beyond ...water! Sekarang banyak water treatment di pasaran. Water 'treatment' tau, bukan water 'filter' ..Oh, ini kena share dalam posting lain. Tunggu ..

Terakhir yang lebih lebih penting, jangan lupa baca doa minum .. Ha .. ajar anak doa makan je kan? Tak pernah pulak dengar doa minum ..Doanya berbunyi begini :

"Allahumma inni asaluka 'ilman nafi'an wa rizqan tayyiban
wa syifaan min kulli dawaain"

Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat,
rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit .

Ini adalah sebenarnya doa minum air zam zam. Tapi bukan air zam zam pun boleh je amalkan ..


Friday, January 16, 2009

Alternative Medicine

Apart from our streamyx ada problem sikit few days back, I myself was not feeling very well. Actually, I'm taking some herbal medicine as recommended by my cousin who is a HPA herbalist (who is also my sponsor :) ) and I believe that this is some kind like 'healing crisis'.

Personally, I am a believer of alternative medicine. For that reason as well, I was seriously (and incidentally) involved in a direct selling business for almost three years in which the experiences i gained - i really3x appreciate. (Probably I will share on this later)

Alternative medicine or some used the term complementary and alternative medicine (CAM) as referred to Wikipedia is any healing practice that "does not fall within the realm of conventional medicine". This includes naturopathy, homopathy, herbalism, chinese medicine (seng sei), ayurvedic, chiropratic, acupuncture, etc ...not to forget perubatan Islam. Simply said, CAM does not use drug-based medicine as part of the treatment. It is holistic in nature and aims to improve the wellness of the body system as a whole rather than trying to fix part(s) of it.

So, if you ever try any CAM treatment, here are some tips based on my experience:
  1. First and foremost, make sure you consult a right and knowledgable person before you consume any CAM. As for me, i seek recommendation and choose established practices and trusted brand. (Don't go to any pelik-pelik treatment which might harm you ultimately!)

  2. If you need to take any 'medicine' i.e herbs, supplements, etc - take it for 3 consecutive months. This is because our body needs at least a cycle of 90 days to adapt and for us to see the effectiveness of the treatment/theraphy.

  3. Normally, during the period, you will go through a 'healing crisis' depending on what your health problem is. i.e you may feel very sleepy and tired, pain all over or some parts of your body, fever, etc, etc.. Be patient. DO NOT STOP taking the medicine because this should only be temporary - CAM as mentioned - is to rectify your total wellness and body system. Anyhow, you may and are actually recommended to see doctors for further check up.

I myself, do go to doctor(s). I believe both should complement each other. After all, the knowledge, the resources is from HIM. The cure is also from HIM, Al Syafii ..

Tuesday, January 6, 2009

Back To School !

Today is actually the second day of schooling for year 2009. Anyhow, yesterday was such a hectic day ( an excuse for not updating this blog ). My eldest - Alia is now Standard 5 and her sister Najwa is in Standard 3 this year. ( However, my students - some of them - sometimes still calling me Miss ! wink )

So.. the schedule will be back as usual - (i believe for most parents) morning yell - (manual alarm clock is still more effective !) .. so that your kids won't be late for school, preparing breakfast - to make sure they can focus during their classes (not their stomachs), managing the uniforms - washing, drying and the laziest part for me - ironing! Sending and fetching them from school, no TV after 9, etc.

Anyhow - that's where you will enjoy ? your life as a mother. And feel blessed that at least you have family and kids. :) For Alia and Najwa ( i know you will read my blog ), school smart - We pray that anak-anak abah ibu will be anak-anak soleh dan solehah. Thank you for washing your own shoes and ironing your own clothes - That's help ibu a lot! You are great kids, i love you!

Friday, January 2, 2009

Bantulah Palestin ...

Berikut saya petik sebahagian daripada teks khutbah terkini (diterima melalui e-mel) yang disediakan oleh panel perunding Aman Palestin Malaysia untuk diedarkan kepada khatib-khatib sebagai pilihan sekiranya tidak terdapat teks khutbah khusus membicarakan kepentingan dan kewajipan umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia membantu umat Islam di Palestin.
Kita semuanya WAJIB membantu rakyat Palestin tidak kira siapa dan di mana kita berada. Rakyat Palestin mewakili umat Islam seluruh dunia berjihad menentang musuh Islam. Apabila para pejuang berjihad menentang musuh Islam, maka wajib kepada seluruh umat Islam membantu mereka. Kita akan dipersoalkan di akhirat, nanti apakah bantuan dan sumbangan yang telah kita berikan kepada perjuangan Jihad di Palestin. Kita semua akan disoal oleh ALLAH SWT.Kita wajib membantu mereka dengan keupayaan kita. Di antara bantuan yangboleh kita berikan ialah:

1. Membaca qunut nazilah setiap hari dan memohon kepada Allah swt agar kemenangan kepada Islam dan kehancuran kepada musuh Islam.

2. Memberi bantuan kewangan dan sokongan yang berterusan kepada rakyat Palestin melalui infaq dan sedekah tanpa mengira kedudukan kita sama ada miskin atau kaya kerana rakyat Palestin sedang mewakili kita untuk berjihad melawan musuh Allah swt.

3. Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat dengan tidak membeli barangan tersebut.

4. Menggesa kerajaan negara-negara Islam menggunakan kemampuan mereka menghentikan kezaliman berleluasa di bumi Palestin. Sebagai rakyat dalam sebuah negara, kita perlu bersatu dalam isu yang melibatkan solidirati Islam melalui gesaan berterusan akan kerajaan negara-negara Islam bertanggungjawab terhadap Palestin.

5. Menulis di akhbar, majalah, buletin dan menyebarkan isu Palestins ebenarnya adalah isu umat Islam dan pembebasannya adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.

6. Mendidik anak-anak supaya peka dengan isu Palestin dan mewujudkan tabung-tabung khas di rumah untuk diberikan kepada rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi.

7. Umat perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah dan mewujudkan kesatuan yang jitu berasaskan kepada agama Islam dan seterusnya menggandakan usaha melalui perancangan tersusun untuk membebaskan Palestin.

Rakyat Palestin memerlukan doa kita, Palestin mengharapkan bantuan berterusan daripada kita semua, Masjid al-Aqsa mengharapkan munculnya Solahuddin al-Ayyubi bagi menyelamatkanya daripada diruntuhkan dan harapan ini tersandar kepada bahu-bahu kita semua. Bangunlah membantu Palestin! Takbir!

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Salam Maal Hijrah 1430H dan Tahun Baru 2009. Semoga kita semua sentiasa berusaha berhijrah kepada yang lebih baik dari semasa ke semasa. Azam ? Bagi saya, antaranya adalah blog si kunang-kunang ini ... yang sebenarnya adalah azam tahun lepas yang tertangguh :)

Indeed, it is not easy to multi task; you always feel that you do not have enough time to do things that you wish to do. As a wife (to a wonderful husband), mother of three (the youngest is not more than 2 yrs), working (no bibik) - the intention to be a blogger - at least for me - seems to have been postponed.

Thanks to my husband who tonight turn on my laptop for me, activate the blogspot website and push me to start creating my blog t.o.d.a.y - coz it is 1st Jan 2009. Hope the days ahead will inspire me to keep on writing!

Happy New Year again everybody !